Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 Lelaki Bersenjatakan Batang Besi Rompak Kedai Emas

 Anggota Polis menjalankan siasatan di sebuah sebuah kedai emas yang dirompak dua lelaki di Jalan Tunku Hassan di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
Anggota Polis menjalankan siasatan di sebuah sebuah kedai emas yang dirompak dua lelaki di Jalan Tunku Hassan di sini, hari ini. – Foto BERNAMA

SEREMBAN – Sebuah kedai emas di Jalan Tuanku Hassan di sini kerugian RM300,000 apabila dirompak dua lelaki bersenjatakan batang besi hari ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata kejadian berlaku pada pukul 11 pagi ketika pemilik bersama dua pekerja dan seorang pelanggan berada di dalam kedai berkenaan.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu yang berbaju lengan panjang dan topi keledar berpenutup penuh meluru masuk lalu memecahkan cermin tempat simpanan emas menggunakan sebatang besi yang dibalut dengan kertas pembalut hadiah.

Mereka kemudian melarikan empat dulang barangan kemas dengan menunggang sebuah motosikal, katanya dalam satu kenyataan.

Jaafar berkata sejurus melakukan rompakan, kedua-duanya melarikan diri ke celah lorong di antara Bank Rakyat dan Kolej Cosmopoint yang berhampiran namun besi yang digunakan untuk rompakan dijumpai di tepi jalan berkenaan di luar kedai.

Beliau berkata aspek keselamatan kedai itu longgar kerana tidak menggunakan khidmat pengawal keselamatan manakala ruang kedai pula berkongsi dengan salun rambut.

Sehubungan itu, Jaafar berkata polis melancarkan Ops Tutup untuk mengesan perompak terbabit di samping meneliti rakaman CCTV yang dipasang di kedai berkenaan.

Sementara itu, pemilik kedai yang dikenali sebagai Teng, 30-an, berkata kejadian rompakan ini merupakan kali ketiga berlaku dengan kali pertama pada tahun 2005 (kerugian RM400,000) dan jumlah kerugian yang sama untuk kali kedua pada awal tahun ini.

Katanya kejadian berlaku dengan begitu pantas iaitu dalam tempoh dua ke tiga minit sahaja. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan