Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 Lagi Mayat Dikenal Pasti Dan Badan Pesawat Dikesan

aa

KUALA LUMPUR – Dua lagi mayat mangsa penerbangan QZ8501, Jie Stephanie Gunawan dan Christanto Leoma Hutama dikenal pasti hari ini.

Dengan pengesahan identiti mayat wanita dan lelaki itu oleh Pasukan Pengenalpasti Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI), tinggal 12 daripada 50 mayat mangsa yang ditemui belum dikenal pasti.

AirAsia dalam kenyataan terkininya malam ini juga berkata Badan Mencari dan Menyelamat Nasional, Indonesia (Basarnas) telah mengenal pasti lokasi badan pesawat AirAsia QZ8501 di kawasan tumpuan utama kedua antara bahagian barat Kalimantan dan Pulau Bangka.

Basarnas berkata penemuan itu didapati menerusi visual yang diperolehi oleh kenderaan kawalan jauh (ROV) milik sebuah kapal mencari dan menyelamat (SAR) yang menunjukkan serpihan utama pesawat QZ8501 selain daripada sayap kanan di dasar Laut Jawa.

“Penyelam daripada pasukan SAR akan dihantar pagi esok untuk operasi mendapatkan kembali serpihan pesawat,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan