Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

2 kenderaan ditahan dalam operasi membanteras perkhidmatan UBER

4:28pm 27/09/2016 Leolerry Lajius 4497 views Jenayah,Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU: Dua buah kenderaan ditahan dalam operasi membanteras perkhidmatan Uber (Kereta Sapu) yang semakin berlelusa dan mendapat perkhidmatan yang tinggi di sekitar bandaraya, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, kenderaan berkenaan yang disyaki menjalankan perkhidmatan UBER tanpa permit yang sah ditahan dalam operasi yang dijalankan di Jalan Coastal Tun Fuad.

“Pemandu kedua-dua kenderaan tersebut telah dibawa ke Balai Polis Trafik Kota Kinabalu bagi tujuan disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.”

“Pemilik kenderaan berkenaan telah dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu tarikh perbicaraan di Mahkamah Kota Kinabalu,”katanya dalam satu kenyataan,di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan, pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi membanteras kegiatan perkhidmatan UBER (Kereta Sapu) tanpa permit atau penggunaan kenderaan awam sebagai kenderaan perkhidmatan awam tanpa mendapat kelulusan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan