Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 kapal perang Jepun berlabuh di Kota Kinabalu

Dua kapal berkenaan iaitu JS Makinami (DD-112) dan JS Suzunami (DD-114). - Foto ihsan commons.wikimedia.org
Dua kapal berkenaan iaitu JS Makinami (DD-112) dan JS Suzunami (DD-114). – Foto ihsan commons.wikimedia.org

KOTA KINABALU: Dua kapal perang Tentera Laut Jepun tiba di Pelabuhan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar, di sini, pagi tadi.

Dua kapal berkenaan iaitu JS Makinami (DD-112) dan JS Suzunami (DD-114) berlabuh di pangkalan itu sehingga Khamis ini.

Komander Pengiring Divisyen Tiga, Angkatan Pertahanan Maritim Jepun, Kapten Takeshi Yoshioka, berkata lawatan itu untuk beristirehat dan mengisi semula bekalan sebelum meneruskan pelayaran ke pangkalan asal kapal berkenaan.

Sempena lawatan itu, katanya, pihaknya akan melakukan kunjungan hormat ke atas Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar Yahya dan Panglima Markas Kapal Selam (MAKS), Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob.

“Selain itu, kita akan menjalankan latihan asas bersama TLDM pada hari terakhir lawatan sebelum pulang ke pangkalan asal.

“Kita memilih lokasi ini kerana ia dilihat terbaik untuk kami berhenti rehat selepas pulang berlayar di kawasan Asia Barat selain TLDM memang antara tentera laut terbaik di dunia, ” katanya ketika ditemui di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Yang turut hadir, Pegawai Pemerintah KD Kedah, Komander TLDM Abdul Halim Mohamad.  JS Makinami dan JS Suzunami masing-masing membawa 185 pegawai dan kru. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan