Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

2 Jarum Ditemui Dalam Perut Pesakit

10:32am 15/03/2016 Pak Roshan 324 views Global
DUA jarum yang ditemui dalam perut seorang lelaki.

DUA jarum yang ditemui dalam perut seorang lelaki.

WUHAN – Doktor di Hubei, China terkejut apabila menemui dua jarum dalam perut seorang lelaki yang mengadu sakit leher dan kebas di tangan kirinya.

Imbasan CT yang dilakukan di Hospital Perubatan Tradisional China Wilayah Hubei mendedahkan bahawa kedudukan jarum berubah, menunjukkan ia bergerak dalam tubuhnya.

Ini bermakna organ pesakit berdepan risiko ditusuk objek tajam.

Menurut People.cn, jarum itu juga didapati sudah berkarat dan menambah risiko jangkitan.

South China Morning Post pula melaporkan objek tajam berukuran 2 sentimeter dan 5.6 sentimeter itu dikeluarkan menerusi pembedahan ke atas lelaki berusia 43 tahun itu.

Doktor menganggarkan jarum itu berada sekurang-kurangnya dua tahun di dalam tubuh lelaki itu.

Bagaimanapun, lelaki itu berkata dia tidak tahu bagaimana jarum itu masuk ke dalam tubuhnya. – Agensi/BH ONLINE

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan