Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 Hari Bagi Sahkan Kod BB670 Milik MH370

ss

LONDON – Kementerian Pengangkutan Malaysia memerlukan masa sehingga dua hari untuk mengesahkan sama ada kod BB670 yang ditemui pada satu serpihan hanyut di pantai pulau Reunion sebagai milik pesawat MH370.

Perkara itu diakui Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang dipetik akhbar berpengaruh Britain, The Guardian susulan penemuan serpihan sayap pengemudi dipercayai daripada bangkai sebuah pesawat.

“Sekumpulan pakar dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Malaysia Airlines (MAS) menyertai wakil dari pengeluar pesawat Boeing akan dihantar bagi menyiasat kesahihan serpihan tersebut,” jelas beliau.

Abdul Aziz berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di New York, Amerika Syarikat semalam mengenai sepasukan pakar dari Malaysia bakal dihantar ke Reunion.

“Kita mungkin ambil masa dua hari untuk melengkapkan proses pengecaman bangkai sekali gus mengesahkan sama ada BB670 itu memang benar adalah serpihan yang berasal daripada MH370,” ujar Abdul Aziz lagi.

Un morceau de ce qui semble être une aile d'avion a été retrouvé le 28 juillet 2015 sur le littoral de Saint-André de La Réunion.

Mengulas lanjut katanya, sebaik menerima maklumat daripada pihak berkuasa Perancis yang mentadir pulau peranginan di Lautan Hindi itu, kementerian berkenaan segera membentuk pasukan penyiasat pergi ke sana.

Malah, pasukan DCA dan MAS dijangka bekerjasama rapat dengan Bureau d’Enquetes et d’Analyses (BEA), sebuah agensi siasatan nahas udara di bawah kerajaan Perancis bagi menyemak kesahihan serpihan tersebut.

Bagaimanapun menurut laporan agensi berita antarabangsa Reuters yang tersebar luar di seluruh dunia, Abdul Aziz telah difahamkan ketua penyiasat kes berkenaan mengesahkan BB670 itu kemungkinan besar milik MH370.

Keyakinan tinggi tersebut turut berdasarkan kepada rupa bentuk serpihan itu yang disebut dalam bahasa teknikal sebagai flaperon kerana ia memang direka khas hanya untuk dipasang pada model Boeing 777-200 sahaja.

Secara kebetulan cuma ada sebuah sahaja kapal terbang jenis model itu yang terlibat dalam nahas udara di dunia sepanjang tahun lalu iaitu 9M MRO iaitu nombor pendaftaran badan untuk penerbangan MH370 milik MAS.

Serpihan sepanjang 2.7 meter itu dijumpai di pantai Saint-Andre di timur pulau Reunion dan siasatan awal pakar penerbangan Perancis, Xavier Tytelman mengesahkan ia hampir menyerupai flaperon daripada MH370. – MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan