Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 drama tebusan

POLIS Perancis mengadakan sekatan jalan raya ke bandar Dammartin-en-Goele semalam, tempat dua beradik yang disyaki membunuh 12 orang dalam serangan terhadap pejabat akhbar satira Charlie Hebdo.
POLIS Perancis mengadakan sekatan jalan raya ke bandar Dammartin-en-Goele semalam, tempat dua beradik yang disyaki membunuh 12 orang dalam serangan terhadap pejabat akhbar satira Charlie Hebdo..

Paris: Perancis berdepan dengan dua drama tebusan semalam selepas seorang lelaki bersenjata membunuh dua orang dan menawan lima lagi di sebuah pasar raya Yahudi di timur bandar raya ini ketika polis mengepung dua beradik yang disyaki membunuh 12 orang dalam serangan terhadap pejabat akhbar satira Charlie Hebdo.

Polis bersenjata berat mengepung kawasan sekitar pasar raya di Porte de Vincennes.

Sumber yang rapat dengan siasatan itu berkata, lelaki yang menawan tebusan berkenaan disyaki terlibat membunuh seorang anggota polis wanita di selatan Paris kelmarin dan mengenali seorang daripada lelaki yang dituduh menyerang pejabar Charlie Hebdo.

Polis semalam menyiarkan gambar lelaki berkenaan, Amedy Coulibaly, 32, dan juga seorang wanita, Hayat Boumeddiene, 26, yang juga dikehendaki dalam kes menembak polis wanita berkenaan.

Kawasan Porte de Vincennes di timur Paris dipenuhi polis sementara penduduk sekitar diarah tidak keluar rumah.

“Kira-kira dua orang terbunuh. Mungkin ramai lagi. Kami tidak pasti” kata sumber itu.

Sementara itu, di bandar Dammartin-en-Goele, kira-kira 12 kilometer dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, pasukan polis elit menempatkan penembak tepat di bumbung sebuah kilang cetak, tempat suspek penyerang Charlie Hebdo berlindung bersama-sama seorang tebusan.

Gerakan memburu kedua-dua lelaki itu, Cherif Kouachi dan adiknya, Said Kouachi dilihat hampir sampai ke kemuncaknya ketika pasukan keselamatan mengepung bangunan tempat mereka bersembunyi itu.

Menurut beberapa laporan, polis sebelum itu berbalas-balas tembakan dengan kedua-dua beradik itu.

Sementara itu, seorang anggota Parlimen Perancis, berkata, kedua-dua beradik itu memberitahu perunding polis, mereka sudah bersedia untuk mati syahid.

Serangan terhadap pejabat akhbar mingguan satira Rabu lalu dilakukan kedua-dua beradik berkenaan sebagai membalas dendam terhadap Charlie Hebdo yang sebelum ini kerap menyiarkan kartun menghina Islam, termasuk memburukkan Nabi Muhammad (SAW). – AP

 

POLIS Perancis mengawal pintu masuk ke Masjid Paris ketika waktu solat Jumaat, semalam.
POLIS Perancis mengawal pintu masuk ke Masjid Paris ketika waktu solat Jumaat, semalam.
POLIS mengawal Stesen Kereta Api Antarabangsa St Pancras di London sebagai langkah berjaga-jaga.
POLIS mengawal Stesen Kereta Api Antarabangsa St Pancras di London sebagai langkah berjaga-jaga.

Komen


Berita Berkaitan