Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 ditahan memancing di kawasan pelantar minyak

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua bot pam yang menceroboh kawasan larangan 500 meter di pelantar minyak ERB WEST, perairan Pulau Mengalum, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, dua juragan yang mengendalikan dua bot pam terbabit ditahan ketika leka memancing ikan di menara api pelantar minyak ERB WEST, kira-kira sembilan batu nautika barat daya Pulau Mengalum.

Mereka ditahan pasukan khas Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu (DM15) yang ditubuhkan sejak awal bulan lalu berikutan banyak aduan mengenai pencerobohan di kawasan pelantar minyak.

Pengarah Maritim Daerah 15 (Kota Kinabalu), Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz, berkata hasil pemeriksaan, kedua-dua juragan berumur 21 dan 40 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kedua-dua bot dan juragan ditahan dan diiringi ke Pulau Mengalum untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 serta Akta Kawasan Larangan 1959,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Adam berkata, pihaknya kerap memberi amaran kepada mereka yang sering menceroboh kawasan perairan di pelantar minyak, termasuk melaksanakan aktiviti kesedaran dan taklimat.

“Kita sudah menghantar surat amaran dan risalah kepada kawasan kampung yang penduduknya disyaki bergiat aktif memasuki kawasan pelantar minyak.

“Pasukan khas ini akan terus memantau kawasan pelantar minyak di perairan Kota Kinabalu sehingga indeks pencerobohan oleh nelayan di kawasan larangan itu dikurangkan,” katanya – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan