Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

2 ditahan jual kopi guna ‘kenderaan perisai tentera’

10:51am 20/07/2016 Pak Roshan 881 views Mutakhir,Nasional
KENDERAAN perisai mirip milik Angkatan Tentera Malaysia.

KENDERAAN perisai mirip milik Angkatan Tentera Malaysia.

PUTRAJAYA: Polis menahan dua lelaki selepas didapati memandu sebuah kenderaan perisai mirip milik Angkatan Tentera Malaysia, berserta dua pelancar roket tiruan di atas kenderaan itu di Jalan Semarak Api di Cyberjaya dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, polis yang membuat rondaan di kawasan itu menahan kenderaan berkenaan selepas mendapat aduan orang awam bagi tujuan pemeriksaan.

Katanya, polis kemudian menahan dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 24 tahun, sebelum membawa mereka ke Balai Polis Cyberjaya untuk tindakan lanjut.

tu diubah suai sebagai ‘food truck’ bagi menjual minuman itu.

“Kenderaan itu bukanlah kenderaan tentera sebenar dan pelancar roket itu juga adalah palsu,” katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Abdul Aziz berkata, dua lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan. – BH Online

KENDERAAN perisai mirip milik Angkatan Tentera Malaysia.

KENDERAAN perisai mirip milik Angkatan Tentera Malaysia.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan