Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 bukan warga dikebumi di Malaysia

mh17

PUTRAJAYA: Sembilan mangsa termasuk seorang kanak-kanak nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terdiri daripada lima jenazah dan empat abu mayat berkemungkinan dibawa pulang ke negara ini pada 2 September nanti.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, daripada jumlah mangsa terbabit, dua daripadanya bukan rakyat Malaysia iaitu suami kepada mangsa terbabit dalam nahas berkenaan yang juga rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti dan kerakyatan dua mangsa bukan rakyat Malaysia itu yang akan disemadikan di sini.

“Kita belum boleh memastikan pada masa ini berhubung sembilan mangsa membabitkan lima jenazah dan empat abu mayat akan dibawa pulang ke negara ini kerana ia tertakluk kepada beberapa faktor dan keadaan.
“Buat masa ini, memang sembilan mangsa akan dibawa pulang ke sini, namun kemungkinan faktor tertentu juga boleh menyebabkan angka berkenaan berubah,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah MH17 di sini, semalam.

Komen


Berita Berkaitan