Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2 beranak rentung rumah terbakar

Kebakaran lima rumah di Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau yang mengakibatkan dua beranak rentung, pagi tadi. - Foto ihsan Pembaca
Kebakaran lima rumah di Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau yang mengakibatkan dua beranak rentung, pagi tadi. – Foto ihsan Pembaca

TAWAU: Dua beranak rentung selepas rumah didiami di Kampung Tanjung Batu Laut, dekat sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, Buhari Langga, 57, dan anaknya, Nur Aisyah, 22, ditemui rentung di lokasi berasingan dalam rumah berkenaan, dipercayai akibat terperangkap.

Empat lagi ahli keluarga sempat keluar menyelamatkan diri dari rumah separuh papan itu ketika api semakin marak.

Kebakaran turut menyebabkan empat lagi rumah berhampiran terbakar kira-kira 20 peratus.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Tawau, Ismaidi Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.27 pagi sebelum menghantar 36 anggota bersama lima jentera ke lokasi.

Beliau berkata, pihaknya mendapat bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Kunak dan Semporna.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 6.34 pagi manakala punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – BH Online

Kebakaran lima rumah di Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau yang mengakibatkan dua beranak rentung, pagi tadi. - Foto ihsan Pembaca
Kebakaran lima rumah di Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau yang mengakibatkan dua beranak rentung, pagi tadi. – Foto ihsan Pembaca

Komen


Berita Berkaitan