Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

2 askar dipecat, dipenjara

8:53am 17/11/2015 Pak Roshan 34 views Global
Makher dan Gregorius (dua dan tiga dari kiri) ketika dibicarakan, kelmarin.

Makher dan Gregorius (dua dan tiga dari kiri) ketika dibicarakan, kelmarin.

Mimika (Papua): Sebuah mahkamah tentera memecat dua anggota tentera kerana terbabit dalam kejadian tembakan baru-baru ini hingga menyebabkan dua orang awam terbunuh.

Kedua-dua anggota itu, Makher Rehatta, 34 dan Gregorius R Geta juga dihukum penjara tiga dan 12 tahun.

Panel hakim di Mahkamah Tentera Jayapura berkata, Makher dan Gregorius terbukti bersalah membunuh dan melakukan serangan serius.

“Tindakan mereka menembak orang awam, kononnya untuk melindungi rakan askar mereka ialah fahaman sempit dalam tentera. Mereka sepatutnya melindungi rakyat kerana senjata mereka dibeli dengan mengguna wang rakyat,” kata ketua hakim Ventje Bulo ketika mengumumkan keputusan mahkamah.

Kedua-dua tertuduh dan dua defendan lain, Sarjan Ashar dan Prebet Imanuel Imbiri yang masih menjalani perbicaraan didakwa menembak penduduk tempatan yang meraikan hari kesyukuran di depan sebuah gereja di daerah Mimika pada 28 Ogos lalu.

Kejadian bermula apabila penduduk berang dengan kelakuan Makher dan Immanuel yang memandu motosikal mereka dengan laju di kawasan berkenaan.

Imanuel yang membonceng di belakang kemudian turun dari kenderaan itu sambil menunjukkan pisau pada penduduk itu yang mengejar kedua-dua askar berkenaan.

Mereka melarikan diri ke sebuah pos kawalan untuk mengambil senjata dan kembali ke gereja.

Ashar dan Gregorius menyusul di belakang dengan sebuah lagi motosikal dan membawa bersama-sama mereka senapang. Askar dan Makher melepaskan tembakan, mengena dua orang awam suku kaum Kamoro, menyebabkan mereka mati.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan