Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

2.7 juta jadi pengganas

10:42am 22/01/2016 Pak Roshan 5 views Global
POLIS dan pegawai forensik Indonesia mengusung keranda Amer Quali Tahar, mangsa serangan di Jakarta pada 14 Januari lalu ke ambulans di unit forensik hospital polis di ibu negara Indonesia itu, semalam.

POLIS dan pegawai forensik Indonesia mengusung keranda Amer Quali Tahar, mangsa serangan di Jakarta pada 14 Januari lalu ke ambulans di unit forensik hospital polis di ibu negara Indonesia itu, semalam.

Jakarta: Badan Nasional Pencegahan Keganasan Indonesia (BNPT) menyatakan seramai 2.7 juta penduduk negara itu terbabit dalam pelbagai kumpulan pengganas.

Penganalisis BNPT, Sidratahta Mukhtar memberitahu, jumlah itu belum termasuk mereka yang terpengaruh dan simpati dengan kumpulan berkenaan.

“Jumlah itu kira-kira satu peratus daripada jumlah penduduk Indonesia.

“Mereka yang didapati terbabit dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) pula kira-kira 0.004 peratus daripada jumlah penduduk Indonesia iaitu lebih 1,000 orang.

“Angka itu sudah cukup besar,” katanya.

Ujarnya, berdasarkan data BNPT terdapat 10 hingga 12 kumpulan pengganas yang kini berkembang di Indonesia.

“Untuk kumpulan lebih kecil sebenarnya lebih banyak dan ada satu kumpulan yang dianggotai enam orang sahaja.

“Jaringan pengganas ini juga sudah tersebar di seluruh wilayah Indonesia hingga ke kawasan pedalaman seperti Mujahidin Indonesia Timur yang diketuai Santoso,” jelasnya.

Tambahnya, kumpulan yang paling berkembang adalah kumpulan pimpinan Banhrun Naim yang terbabit dalam serangan di Jalan Thamrin, Jakarta minggu lalu.

“Jaringan kumpulan ini sudah ada di Jawa, Bima, Aceh dan beberapa wilayah lagi,” katanya.

Menurutnya, perkembangan aktiviti pengganas di Indonesia juga tinggi dan membimbangkan.

“Pada akhir 2014, jumlah rakyat Indonesia yang menyertai IS adalah 60 orang tetapi akhir tahun lalu meningkat mendadak kepada 1,000 orang,” ujarnya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan