Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2.36 juta pelancong domestik

ombi

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mensasar menerima kehadiran pelancong domestik ke negeri ini sebanyak 2.36 juta orang tahun ini berbanding seramai 2.29 juta pada tahun sebelumnya.

Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Kamarlin Ombi (gambar) berkata, sasaran itu mampu dicapai selepas penerbangan terus dari Kota Bharu ke Kota Kinabalu dilancarkan pada November tahun lalu.

Katanya, pengenalan siri penerbangan dari Kelantan ke Sabah oleh sebuah syarikat penerbangan murah negara itu bakal memberi impak besar kepada kehadiran pelancong domestik dari negeri Che Siti Wan Kembang itu ke Negeri Di Bawah Bayu, malah kesan yang sama juga akan berlaku di Kelantan.

Sehubungan pelancaran laluan penerbangan baharu itu, pihak kerajaan negeri mensasarkan untuk menarik 2.36 juta pelancong domestik ke Sabah berdasarkan keindahan flora dan fauna yang ada di negeri ini,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, kerjasama daripada semua agensi pelancongan dan pihak berkaitan sektor pelancongan di negeri ini, kerajaan negeri yakin lebih ramai pelancong domestik akan berkunjung ke negeri ini dari negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Katanya, laluan penerbangan dari Kelantan yang melibatkan syarikat penerbangan murah negara itu akan membuka peluang kepada lebih ramai pelancong dari negeri berdekatan Terengganu, malah dari negara jiran seperti Thailand akan menggunakan penerbangan dari negeri Che Siti Wan Kembang tersebut.

Sehubungan itu katanya, dia turut berharap syarikat penerbangan yang menyediakan laluan terus dari Kota Bharu ke Kota Kinabalu itu dapat meningkatkan kekerapan penerbangan dari tiga kali seminggu kepada tujuh kali seminggu.

“Saya yakin pengenalan laluan dari Kota Kinabalu ke Kota Bharu itu akan meningkatkan jumlah pelancong dari Pantai Timur Malaysia ke negeri ini bagi menyaksikan sendiri keunikan kebudayaan masyarakat Sabah, selain berpeluang mengunjungi pelbagai destinasi menarik melibatkan keindahan laut, kehijauan hutan simpan serta kemegahan Gunung Kinabalu,” katanya.

 

Komen


Berita Berkaitan