Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

2.25 juta kandungan digugurkan di Pakistan

baby

Islamabad: Kajian baru-baru ini mendedahkan hampir 2.25 juta kandungan digugurkan di Pakistan pada 2012.

Kajian bersama dijalankan Lembaga Penduduk dan Institut Guttmacher juga menunjukkan, kira-kira 623,000 wanita Pakistan dirawat kerana mengalami komplikasi selepas menggugurkan kandungan.

Masalah itu berlaku kerana sebahagian besar prosedur dilakukan orang yang tidak mempunyai kemahiran atau menggunakan kaedah tradisional.

Dianggarkan sebanyak 50 pengguguran dijalankan bagi setiap 1,000 wanita berusia 15 hingga 49 tahun pada tahun itu.

Hasil kajian itu dibentangkan di sebuah hotel semalam.

Dalam laporan lain, analisis menunjukkan tahap penerimaan alat pencegah kehamilan semakin meningkat.

“Disebabkan beban kewangan dan kesedaran meningkat kalangan suami semakin menyokong penggunaan kaedah pencegah kehamilan,” kata laporan itu. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan