Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

1MDB: Pastikan tiada wang rakyat disalah guna – PM

3:56pm 25/07/2016 Pak Roshan 282 views Mutakhir,Nasional
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Haji Program Khas Haji Perdana Menteri 2016 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Haji Program Khas Haji Perdana Menteri 2016 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, hari ini. – Foto Fariz Iswadi Ismail

PUTRAJAYA: Kerajaan mahu individu yang dinamakan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengambil tanggungjawab membersihkan nama dan memastikan tiada wang rakyat disalah gunakan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mahu rakyat tidak terbawa-bawa dengan isu berkenaan dan menyerahkan kes itu untuk proses keadilan yang sewajarnya.

“Inilah pendirian kerajaan dan kita akan beri kerjasama sepenuhnya. Kita harap lambat laun kita akan tahu kebenaran,” katanya pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Fardu Haji Program Khas Haji Perdana Menteri 2016 tajaan Yayasan 1MDB di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Perdana Menteri berkata, banyak pihak yang mencela 1MDB namun terlupa pelbagai program sosial dilaksanakan syarikat itu untuk manfaat rakyat, termasuk Program Khas Haji berkenaan.

“Usaha untuk terus memantapkan 1MDB akan kita laksanakan dan saya yakin dalam masa terdekat, kedudukan 1MDB akan lebih mantap dan kukuh , ” katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri menyerahkan surat tawaran haji kepada 1,100 imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) seluruh negara yang terpilih menunaikan ibadat itu melalui program berkenaan pada tahun ini. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan