Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,675

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

1MDB: ‘Kalau Debat Hari Jumaat, Isnin Saya Bukan Speaker Lagi’

1:43pm 04/11/2015 Pak Roshan 2927 views Isu Semasa,Mutakhir
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sekali lagi menegaskan pendirian bahawa debat mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sewajarnya dibuat setelah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membentangkan laporannya di Parlimen.

Jelasnya, beliau tidak menghalang debat 1MDB antara Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Presiden 1MDB, Arul Kanda itu berlangsung namun, keputusan itu demi mengelakkan integriti Parlimen tercabar.

“Jelas keputusan saya kelmarin, saya tidak menghalang debat antara YB PJU dan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy selepas laporan dikeluarkan kepada Dewan..sebab saya difahamkan keputusan akan dibuat dalam sesi ini juga.

“Apa yang saya tak faham, kenapa tidak boleh ditangguhkan sehingga laporan PAC itu dibuat..itu satu penyesalan. Kalau ini jadi juga pada Jumaat ini, Isnin depan saya bukan bertugas sebagai Speaker lagi.

“Itu pendirian saya, walau apa juga yang akan dibahaskan, itu tidak akan mengubah pendirian saya,” katanya.

Pandikar Amin berkata sedemikian di Dewan Rakyat hari ini kepada Tony Pua selepas  Ahli Parlimen DAP-Bagan, Lim Guan Eng meminta penjelasan berkenaan keputusan Pandikar pada Isnin.

 

Sumber: The Rakyat Post!

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan