Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

1Azam meningkatkan taraf ekonomi peserta

10:12am 16/11/2015 Ann Vivien 62 views Isu Semasa,Tempatan
Jumat menyerahkan repelika > bantuan 1 Azman kepada seorang penerima sempana program tersebut

Jumat menyerahkan repelika  bantuan 1 Azman kepada seorang penerima sempana program
tersebut

INANAM: Perlaksanaan Program 1 Azam (Azam Niaga dan Khidmat) mampu menyediakan peluang kepada peserta untuk meningkatkan taraf siso ekonomi mereka jika segala bantuan serta latihan kemahiran yang disediakan oleh kerajaan dimenafaatkan sepenuhnya

Ahli Parlimen  Sepanggar Datuk Jumat Idris berkata program di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merupakan usaha kerajaan untuk  membantu golongan peniaga kurang berkemampuan  menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan

“ Selain menyediakan peluang kepada golongan berkenaan memulakan perniagaan kecil, program itu juga berupaya membantu kerajaan memperkasakan kumpulan sasar agar mereka mampu berdikari serta tidak bergantung sepenuhnya kepada bantuan sosial kerajaan” katanya ketika berucap di majlis penyampaian peralatan dibawah program 1 Azam bagi Parlimen Sepanggar di Perkarangan MP Machinerry Inanam pagi kemarin

Yang Turut Hadir Naib Ketua Umno Bahagian Sepanggar Hajah Zaitun Datuk Seri Panglima Kassim, Ketua UPKO Bahagian Sepanggar  Wakter Galis dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Sepanggar Ramlan Awal

Pada majlis itu, sebanyak 46  peserta  dari kawasan Parlimen Sepanggar terpilih menerima bantuan memulakan pelbagai jenis perniagaan termasuk air tebu, kuih muih, berger, jagung manis, jahitan, mesin membasuh kereta peralatan mengunting  dan sebagainya

Menurut Jumat yang juga Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Sepanggar program 1Azam merupakan satu kaedah kerajaan  bagi  membantu golongan sasar memulakan perniagaan secara kecil-kecilan yang tidak memerlukan modal besar namun perlu mempunyai daya usaha bagi membantu menambah pendapatan diri
dan keluarga.

“Pemberian ini adalah langkah pertama dan diharap langkah berte¬rusan dapat dilakukan mereka terpilih bagi melahirkan lebih ramai usahawan berjaya pada masa hadapan yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi keluarga, negeri dan negara,” katanya.

Dalam pada itu Jumat  berkata  , beliau akan berusaha untuk mencari satu kawasan yang sesuai sebagai lokasi bagi penerima program ini menjalankan  aktiviti perniagaan mereka sesuai dengan peralatan bantuan yang diterima.

Jumat juga menasihatkan para penerima bantuan ini agar tidak menjual peralatan yang diberikan oleh kerajaan hanya untuk mengaut keuntungan segara.

Katanya, sebelum ini ada laporan yang mengesan ada dalam kalangan penerima 1Azam yang sanggup menjual peralatan yang diberikan sedangkan pemberian ini untuk membantu golongan  ini berniaga bagi memperbaiki taraf hidup.

“Gunakan peralatan yang diberikan ini untuk mengusahakan perniagaan yang dirancang dengan bersunggguh-sungguh supaya kehidupan seisi keluarga bertambah baik,” katanya

Jumat menambah jika penenerima bantuan 1Azam mengambil jalan mudah pastinya hasrat kerajaan untuk membasmi kemiskinan tidak akan tercapai.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan