Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

19 bangkai penyu hijau ditemui di Pulau Tiga, Kudat

Pihak JHLS membawa bangkai penyu hijau yang mati ke Kota Kinabalu untuk bedah siasat.-  foto ihsan JHLS
Pihak JHLS membawa bangkai penyu hijau yang mati ke Kota Kinabalu untuk bedah siasat.- foto ihsan JHLS

KOTA KINABALU – Renjer Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) dan Taman-Taman Sabah (SP) menemui 19 bangkai penyu hijau di Pulau Tiga, yang terletak di utara Balambangan-Banggi, Utara Kudat, pada Khamis lalu.

Ia merupakan kes kedua dan serupa dengan apa yang berlaku pada tahun lalu apabila sebanyak 50 ekor bangkai spesies penyu hijau turut ditemui oleh seorang pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) di pulau sama.

Menurut Pegawai Hidupan Liar Pejabat Pantai Barat JHLS, Rolan Niun, pihaknya mengesyaki bahawa bangkai penyu itu untuk aktiviti penyeludupan ke luar negara melalui laut, namu gagal berbuat demikian ekoran kekerapan rondaan oleh anggota maritim dan polis marin.

Renjer JHLS dan Taman-Taman Sabah memeriksa keadaan penyu hijau yang mati. - foto ihsan JHLS
Renjer JHLS dan Taman-Taman Sabah memeriksa keadaan penyu hijau yang mati. – foto ihsan JHLS

“Tambahan pula, pulau ini terletak di kedudukan strategik yang paling hampir dengan Filipina dan tidak didiami orang. Apa yang menyedihkan saya ialah, berdasarkan laporan media cetak, semalam (Ahad) terdapat orang awam yang mempunyai maklumat atas kejadian ini, namun gagal untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa,” katanya.

Kemungkinan katanya, sekiranya, maklumat itu dapat disampaikan kepada pihak berkuasa lebih awal, tangkapan mungkin dapat dilakukan ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan penyu ini.

Beliau memberitahu, kawasan bangkai penyu ini dijumpai terletak di dalam kawasan cadangan penubuhan Taman Marin Tun Mustapha yang berkeluasan sejuta hektar dengan kekayaan flora dan fauna marin tertinggi di dunia dan rumah kepada 80,000 penduduk pantai yang bergantung hidup secara berterusan daripada hasil laut.

Beberapa bangkai penyu hijau yang telah reput turut ditemui di kawasan itu. - foto ihsan JHLS
Beberapa bangkai penyu hijau yang telah reput turut ditemui di kawasan itu. – foto ihsan JHLS

Sementara itu, Pengarah JHLS, William Baya berkata, pihaknya amat kesal dengan tragedi yang berlaku melibatkan spesies haiwan yang dilindungi itu, di tempat yang sama sebelum ini.

“Kawasan ini turut terletak di dalam kawan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone). Pihak Jabatan Hidupan Liar berharap dapat bekerjasama dengan MMEA (Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia), Polis Marin dan agensi lain yang terlibat untuk mengawal dan menangkap individu bertanggungjawab ke atas perbuatan kejam ini,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bagi membantu kes itu boleh menghubungi talian JHLS yang dibuka 24 jam iaitu 012 8019289.

Pemeriksaan ke atas bangkai penyu hijau yang ditemui mati di Pulau Tiga, Kudat, oleh renjer JHLS dan Taman-Taman Sabah. - foto ihsan JHLS
Pemeriksaan ke atas bangkai penyu hijau yang ditemui mati di Pulau Tiga, Kudat, oleh renjer JHLS dan Taman-Taman Sabah. – foto ihsan JHLS

Menurut William, bangkai penyu telah di bawa pulang untuk bedah siasat bagi. Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripada bangkai yang dijumpai telah reput.

Di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 Syeksen 1 Jadual 1, penyu hijau adalah spesies dilindungi sepenuhnya dan individu yang disabitkan memburu spesis penyu ini boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda RM 50,000 atau kedua-duanya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan