Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

19,900 bungkus rokok bernilai RM197,763 dirampas

 Anggota PPM menunjukkan pelbagai jenama rokok yang berjaya dirampas. - foto ihsan PPM
Anggota PPM menunjukkan pelbagai jenama rokok yang berjaya dirampas. – foto ihsan PPM

TAWAU – Sebanyak 19,900 bungkus rokok pelbagai jenama bernilai RM197,763 selepas cukai cuba diseludup untuk pasaran tempatan berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Cawangan Tawau, dalam Ops Paradise, di sini semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah, Asisten Komisioner, Mohamad Madun berkata, ia sekaligus menjadikannya kes pertama kejayaan rampasan rokok bagi PPM daerah ini pada tahun ini.

Menurutnya, operasi rampasan rokok berkenaan dilakukan pada pukul 4.30 petang di tepi sungai Hj Matahir dengan sepasukan anggota yang menyertai Ops Paradise menuju ke lokasi selepas mendapat maklumat awam.

“Anggota kami telah melakukan pemeriksaan di sebuah pondok usang tidak berpenghuni dan menemui beberapa kotak berbungkus plastik yang berisi rokok pelbagai jenama berkenaan.

“Setelah menunggu hampir dua jam di lokasi penemuan, tiada sesiapa yang tampil mengambil kotak bungkusan rokok berkenaan yang kemudiannya dibawa ke Pangkalan Polis Marin untuk tindakan lanjut,” katanya sambil menambah kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) 1967 Akta Kastam. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan