Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

199 biji telur penyu dirampas di Sandakan

SANDAKAN, 2 Okt (Bernama) — Jabatan Hidupan Liar serius dalam membanteras penjualan telur penyu secara haram di kawasan Bandar Sandakan dan Bandar Sibuga Jaya di Batu 8 menerusi pelaksanaan operasi pengkuatkuasaan secara berterusan.

Terbaru, jabatan itu bersama agensi penguatkuasa yang lain menjalankan operasi bersepadu selama lapan hari sehingga Jumaat lepas.

Dalam operasi itu, sebanyak sebanyak 199 biji telur penyu dirampas yang ditemui di kawasan belakang sebuah bangunan di Jalan Prayer Bandar Sandakan pada 21 September lepas.

Pegawai Hidupan Liar Sandakan Hussein Muin berkata di sini hari ini tujuan operasi itu dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kesalahan menjual dan memiliki telur penyu di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

Selain Jabatan Hidupan Liar, operasi itu juga membabitkan Taman-Taman Sabah, Majlis Perbandaran Sandakan, Jabatan Imigresen, Polis, Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan