Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

198 penduduk DUN Sekong terima tangki 1Malaysia

11:37pm 09/09/2016 Leolerry Lajius 45 views Sandakan,Tempatan
Tangki air dihantar ke kawasan perkampung di dalam Dun Sekong .

Tangki air dihantar ke kawasan perkampung di dalam Dun Sekong .

SANDAKAN : Seramai 198 penduduk dari lima buah kampung dalam kawasan Dun Sekong menerima bantuan tangki 1Malaysia.

Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata, menyedari kepentingan memiliki tangki penyimpanan air bersih dalam kalangan orang ramai di kawasan Dun Sekong, kerajaan pusat telah menyediakan bantuan tangki 1Malaysia kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Janji kerajaan BN untuk mengurangkan bebanan dan kebajikan rakyat di kawasan ini diteruskan menerusi bantuan tangki penyimpanan air 1Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah.

“Kerajaan BN sama sekali tidak akan memungkiri janji, sebaliknya, segala pelaksanaan program dan bantuan kebajikan itu dilakukan secara berperingkat serta mengikut kawasan-kawasan yang telah ditetapkan,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas penyerahan bantuan tangki air 1 Malaysia di Sandakan, baru-baru ini.

Antara kawasan perkampungan yang telah menerima bantuan tangki air 1Malaysia berkenaan adalah Zon Kepulauan, Kampung Istimewa, Kampung Sudang Darat dan Kampung Bambangan.

 

Semasa majlis penyerahan berkenaan, beliau turut menyeru agar bantuan tersebut dijaga sebaiknya untuk kemudahan penerima.

Jelasnya penyampaian bantuan seumpama itu membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional  terhadap keperluan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.

Sehubungan itu, beliau berharap, rakyat akan terus memberi kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional untuk menerajui kepimpinan negara.

Beliau turut menegaskan pihaknya akan terus giat menyuarakan setiap permasalahan rakyat kepada kerajaan untuk tindakan sewajarnya./SayangSabah

 

Bantuan tangki air 1 Malaysia...Samsudin menyampaikan tangki air penduduk kampung.

Bantuan tangki air 1 Malaysia…Samsudin menyampaikan tangki air penduduk kampung.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan