Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

195 orang menerima generator diPutatan

8:42pm 03/12/2015 Ann Vivien 41 views Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
Yahya menyerahkan generator set kepada Pengerusi Masjid Jamek Putatan, Haji Othman Hamid.

Yahya menyerahkan generator set kepada Pengerusi Masjid Jamek Putatan, Haji Othman Hamid.

KOTA KINABALU: Seramai 195 orang dari kawasan parlimen Putatan  menerima generator dari Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu hari ini.

Generator sebanyak 195 unit itu dibiayai dibawah peruntukan Khas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk masjid dan surau serta pemimpin masyarakat setempat dalam kawasan Putatan. Daripada jumlah itu, 33 diagihkan kepada masjid dan surau.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata, kawasan parlimen Putatan menerima peruntukan pembangunan yang banyak daripada kerajaan.

“Selain projek pembesaran jalan raya Petagas-Lok Kawi, projek perumahan untuk rakyat dan juga kemudahan infrastruktur lain turut dibina di Pulau Gaya iaitu bekalan air bersih dan eletrik”,katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata, kerajaan tidak pernah mengabaikan soal pembangunan untuk rakyat termasuk di Putatan.
Menurutnya, Putatan juga akan turut menikmati sistem pengangkutan awam canggih “Bas Rapid Transit” (BRT) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

“Semua ini Kerajaan Barisan Nasional (BN) sediakan adalah untuk kemudahan dan keselesaan rakyat”, tegasnya.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putatan, Datuk Haji Arsit Sedi, Naib Ketua UMNO Bahagian, Encik Assan Nasib, Setiausaha Bahagian, Encik Ishar Ramli, Bendahari UMNO Bahagian, Datuk Haji Ibrahim OKK Laiman Diki, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Puan Juliah Palasin, Ketua Daerah Putatan,OKK Haji Yunus Ismail dan Penolong Pegawai Daerah Putatan, Encik Hassan Mahali.Unit-unit generator itu dibiayai dibawah peruntukan Khas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk masjid dan surau serta pemimpin masyarakat setempat dalam kawasan Putatan.- Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan