Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

190 Peserta Jayakan Program Peningkatan Profesionalisme Guru Pendidikan Khas

KOTA KINABALU : Seramai 190 peserta menyertai Program Peningkatan Profesionalisme Guru Pendidikan Khas anjuran Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah baru-baru ini.

Berlangsung di Dewan Auditorium Pusat Pengajian Pascasiswazah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), program itu dihadiri guru-guru pendidikan khas, guru aliran perdana, guru KEMAS, guru pemulihan dan ibu bapa dari pelbagai daerah di Sabah.

Majlis Perasmian Penutupannya disempurnakan Ketua Unit Pendidikan Swasta, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPN Sabah, Haji Wahab Ampuan Hamzah mewakili Pengarah JPN Sabah.

Dalam ucapannya beliau berkata, kemenjadian murid berkeperluan khas memerlukan guru yang berakauntabiliti, berkualiti dan berkemahiran dalam pelbagai bidang.

“Ke arah mencapai matlamat tersebut, kepimpinan di peringkat JPN, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan barisan hadapan pelaksana iaitu guru perlu mempunyai pemikiran yang selari sekali gus turut menjayakan agenda transformasi pendidikan negara,” katanya.

Menurut Wahab lagi, guru pendidikan khas juga perlu memahami peranan utama mereka bagi memastikan kemenjadian murid secara holistik.

“Sehubungan itu syabas dan tahiah kepada Unit Pendidikan Khas, JPN Sabah yang diketuai Jeffrey Sarikul selaku Ketua Unit Sektor Pendidikan Swasta dan Sektor Pendidikan Khas, serta AJK SET (Special Education Teacher) yang diselaraskan Zoriffah Mohd Kudin selaku pengarah program yang diadakan buat julung kalinya ini bagi memartabatkan guru-guru Pendidikan Khas di Negeri Sabah,” ujarnya.

Sementara itu, Jeffrey Sarikul ketika ditemui berkata, murid pendidikan khas sebenarnya mempunyai pelbagai kecerdasan yang boleh dicungkil, dipupuk dan dikembangkan mengikut keupayaan mereka ke arah kecemerlangan individu yang optimum.

“Sehubungan itu, saya berharap agar semua peserta khususnya dalam kalangan guru-guru pendidikan khas dapat memanfaatkan seterusnya mengaplikasi segala ilmu yang diperoleh apabila kembali bertugas di sekolah masing-masing,” katanya yang juga timbalan pengerusi penganjur program tersebut.

Program dua hari itu telah dikendalikan, peceramah yang berpengalaman, antaranya Prof. Madya Hasnah Toran (Kemahiran 3M, Penyediaan Bahan Bantu Mengajar), Mahfuzah Zainol (Terapi pemulihan Cara Kerja), Dr. Amelia Inbam Neelagandan (Terapi Pertuturan), Dr. Ong Puay Hoon (Dyslexia & Smart Phonic) dan Jacqline Lingham (Brain Gym)./SayangSabah

Jeffrey (tengah) bersama Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Peningkatan Profesionalisme Guru Pendidikan Khas.

Komen


Berita Berkaitan