Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

19 pekerja telaga minyak terbunuh

10:45am 23/10/2016 Pak Roshan 33 views Global
GAMBAR menunjukkan keadaan bangkai helikopter yang terhempas di satu kawasan terpencil di Siberia, Russia, kelmarin. - EPA

GAMBAR menunjukkan keadaan bangkai helikopter yang terhempas di satu kawasan terpencil di Siberia, Russia, kelmarin. – EPA

Moscow: Seramai 19 orang maut kelmarin selepas sebuah helikopter yang membawa pekerja telaga minyak dan gas terhempas di kawasan terpencil di Siberia, kata pegawai penyiasat semalam.

Helikopter jenis Mi-8 itu membawa 22 penumpang termasuk tiga kru apabila ia terhempas pada malam kelmarin di utara jauh wilayah Yamalo-Nenetsky

Gambar yang disiarkan oleh pihak berkuasa menunjukkan helikopter itu pecah kepada beberapa bahagian dan terbalik di satu kawasan padang bersalji.

Pasukan penyelamat berkata, kabus dan tahap penglihatan yang buruk menjejaskan operasi mengesan helikopter berkenaan serta misi menyelamat.

Jawatankuasa penyiasat dalam satu kenyataan memberitahu, semua mangsa maut di tempat kejadian manakala penumpang yang cedera dibawa ke hospital.

Ketika kejadian, helikopter itu dalam penerbangan dari sebuah telaga minyak dan gas di Krasnoyarsk menuju ke kawasan penempatan kecil di Urengoi.

Bangkai pesawat itu berjaya dikesan oleh sebuah lagi helikopter yang membawa pasukan penyelamat dan paramedik. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan