Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

19 Pati Gagal Masuk Sandakan

gambar hiasan

 

SANDAKAN, 9 Ogos : Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) menggagalkan cubaan 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk secara haram ke daerah ini, semalam.

Pergerakan sebuah bot laju dinaiki PATI itu dikesan oleh Kapal Auksiliari Tun Azizan (KA TAZ), pangkalan laut mudah alih pada 8.50 malam.

Pegawai Pemerintah KA TAZ Komander Mohamad Hafiz Faisal berkata Tim Quick Reaction Force (QRF) dengan menggunakan bot VIPER 9 bertindak memintas bot laju tersebut kira-kira lapan batu nautika barat daya Pulau Taganak di dalam perairan negara.

Katanya hasil pemintasan tersebut pihaknya menahan 19 PATI yang cuba memasuki Malaysia terdiri 10 lelaki, lapan wanita dan seorang bayi lelaki yang mana kesemuanya berbangsa Sulu dari Kepulauan Jolo, Filipina.

“PATI yang ditahan cuba memasuki Malaysia tanpa melalui laluan yang diwartakan dengan kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Bot dan tahanan diserahkan kepada pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Komander ATB 2 Brig Jen Zarondin Md Amin berkata pihaknya memandang serius  perkara ini dan akan mempertingkatkan kesiapsiagaan operasi dan keselamatan di perairan Pantai Timur Sabah.

Katanya ia bagi menjamin kestabilan sosial dan ekonomi penduduk setempat.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan