Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

187 calon UPSR perolehi keputusan cemerlang

2:03pm 17/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 17 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan
MAIMUNAH menyerahkan Sijil Kecemerlangan Peperiksaan UPSR kepada salah sebuah Sekolah Kebangsaan (SK)

MAIMUNAH (tengah) menyerahkan Sijil Kecemerlangan Peperiksaan UPSR kepada salah sebuah Sekolah Kebangsaan (SK)

KOTA KINABALU- Seramai 187 orang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 berjaya mencatatkan pencapaian keputusan cemerlang bagi semua mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul berkata Negeri Sabah berkata bahawa tidak ada perbandingan pencapaian tahun 2016 dengan keputusan UPSR sebelumnya.

Menurutnya, kesemua calon Tahun enam tersebut menduduki UPSR berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menggantikan KBSR bermula tahun ini.

” Calon UPSR pada tahun ini merupakan kohort pertama yang telah mengikuti KSSR dan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sejak berada di Tahun Satu pada tahun 2011.

” Keputusan peperiksaan UPSR merujuk kepada tahap pencapaian akademik calon berdasarkan standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi seperti yang termaktub dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) serta bukan merujuk kepada lulus atau gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan UPSR 2016 Peringkat Negeri Sabah, dekat sini, hari ini.

Terdahulu, seramai 43,661 orang murid Tahun enam di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) telah mengambil peperiksaan tersebut.

Katanya, sebanyak 51.82 peratus calon UPSR tahun ini telah berjaya menguasai sekurang-kurangnya pencapaian D atau pencapaian tahap minimum dalam peperiksaan.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan