Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

18,288 Pati Dihantar Pulang Tahun Lepas – MKN Sabah

pati

TAWAU – Sebanyak 18,288 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah dihantar pulang ke negara asal masing-masing sepanjang tahun lepas, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Setiausaha MKN Sabah Rodzi Md Saad berkata daripada jumlah itu, 14,238 adalah dari Filipina, Indonesia (3,782 orang) dan negara-negara lain (268 orang).

“Kesemua PATI yang dihantar pulang itu adalah antara 20,096 orang yang ditahan sepanjang 2014 dan sebahagiannya masih berada di Pusat Tahanan Sementara (PTS),” katanya pada sidang media di PTS Tawau, di sini, hari ini.

Sementara itu, Rodzi berkata bagi tempoh 1 Januari sehingga hari ini, sebanyak 1,479 PATI telah dihantar pulang.

Katanya, 1,165 daripada jumlah itu adalah warga Filipina dan selebihnya 314 orang berasal dari Indonesia.

Sementara itu, Rodzi berkata pihaknya telah menahan sebanyak 140 PATI dalam operasi dua hari berakhir semalam, di sekitar Tuaran dan Kota Belud.

Beliau berkata, mereka yang ditahan berumur 18 bulan hingga 58 tahun dengan 132 daripadanya berasal dari Filipina serta lapan orang lagi dari Indonesia.

“Kesemua mereka ditahan di kawasan tapak pembinaan, rumah kongsi, kawasan umum dan di premis perniagaan di sekitar daerah berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan