Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

18 wanita warga asing ditahan dalam Ops Sayang

sayang

TAWAU – Jabatan Imigresen Tawau menahan seramai 18 wanita warga asing berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun dalam Ops Sayang yang dijalankan di tiga pusat hiburan di sekitar bandar ini, semalam.

Turut ditahan dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 8 malam hingga 2.30 pagi itu ialah seorang lelaki Indonesia dan kesemua yang ditahan itu adalah atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sementara, tiada dokumena pengenalan diri yang sah dan dokumen diragui.

Ketua Pejabat Imigresen Tawau, Noraini Rasi yang mengetuai operasi itu berkata, mereka yang ditahan ini terdiri daripada warga Vietnam (dua orang), Filipina (empat) manakala Indonesia pula seramai 15 orang.

“Kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen Seksyen 39(b) 1959/1963 (Pindaan 2002),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu ketika dihubungi, Noraini tidak menolak kemungkinan dua wanita Vietnam yang ditahan tersebut dijual oleh satu sindiket pemerdagangan manusia yang bertujuan untuk kegiatan tidak bermoral.

Berdasarkan siasatan awal ke atas wanita berkenaan, kedua-duanya memberitahu telah di bawa dari Kuala Lumpur ke Tawau. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan