Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

18 premis makanan diiktiraf sebagai premis BeSS

2:37pm 07/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 62 views Tempatan
Edward (tengah) menyampaikan anugerah Kantin Bersih Tahun 2016 kepada Guru Besar SK Padang Berampah, Sipitang

Edward (tengah) menyampaikan anugerah Kantin Bersih Tahun 2016 kepada Guru Besar SK Padang Berampah, Sipitang

 

KOTA KINABALU- Sebanyak 18 buah premis makanan terdiri daripada kantin sekolah dan restoran diiktiraf sebagai premis “Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)”  bersempena dengan Karnival Keselamatan Makanan 2016.
Diantaranya, JR Enterprise (Kantin sekolah SK Lumat, Beaufort), IVNX Enterprise (Kantin sekolah SMK Elopura 2, Nojazsha Enterprise (Hospital Lahad Datu), Nur Alip Ann (SK Binuang, Lahad Datu) dan Kantin SJK (c) Yuik Choi.
Sijil pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh Pembantu kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Edward Yong Oui Fah di Perpustakaan Negeri Sabah, disini, hari ini.
Selain itu, dua buah sekolah, SJK (c) Kuok Ming, Tawau dan SK Padangn Berampah, Sipitang masing-masing mendapat anugerah Kantin Bersih 2016 Peringkat Negeri Sabah.
Menurut Edwad, pelbagai punca pencemaran perlu dikawal di sepanjang rantaian bekalan makanan.
“Impak dari alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar dapat membantu penghasilan makanan yang bersih dan selamat.
“Justeru, semua lapisan masyarakat di negeri ini haruslah bekerjasama meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan,”katanya.
Dalam masa sama, karnival yang bertemakan ‘Safe Food For a Healthy Life’, katanya, dapat mempromosikan keselamatan makanan sebagai langkah ke arah kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Christina Rundi. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan