Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

18 Fakta Awal Tragedi Pesawat AirAsia QZ8501

9:15am 15/12/2015 Pak Roshan 226 views Aktiviti,Mutakhir

Air-Asia-Flight-QZ8501-Fuselage

Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) Kementerian Perhubungan di Indonesia telah mengeluarkan 18 fakta awal tentang tragedi yang telah menimpa kapal terbang AirAsia QZ8501 pada akhir bulan Januari 2015 yang lalu.

Fakta-fakta ini akan membantu penyiasatan agar dapat meningkatkan keselamatan pengangkutan, menambahbaik perkhidmatan kru, operator serta pengawal selia.

Berikut adalah 18 fakta yang telah disampaikan oleh Ketua Pasukan Siasatan AirAsia QZ8051 KNKT Mardjono Siswosuwarno dalam sidang akhbar di Jakarta, Indonesia:

1. Pesawat AirAsia QZ8501 sebelum diterbangkan berada di dalam keadaan baik dan layak diterbangkan (on board).

2. Semua anak kapal mempunyai lesen yang sah serta memiliki sijil kesihatan (medical certificate).

3. “Second in command” atau “co-pilot” yang menerbangkan pesawat (flying pilot), kedudukan di sebelah kanan, manakala juruterbang atau kapten juruterbang berada di sebelah kiri sebagai “pilot monitoring”.

4. Pesawat mendaki hingga ketinggian 32,000 kaki melewati jalurnya M635. “Di paparan terlihat pesawat melencong ke kiri,” kata Mardjono.

5. Pesawat dikenal pasti oleh “air traffic controller” (ATC) Jakarta kenalan awal pada pukul 23.11 (UTC/GMT atau perbezaan dengan Indonesia kira-kira tujuh jam), pesawat tersebut melencong ke kiri dari jalur M365.

6. Juruterbang meminta untuk naik hingga ketinggian 38,000 kaki, namun ATC di Jakarta memerintahkan untuk tetap berada di 32,000 kaki (stand by).

7. Pada pukul 23.16, ATC membenarkan juruterbang (cleared the pilot) untuk menaikkan ketinggian hingga 34,000 kaki.

8. Pada masa kejadian terdapat gambar-gambar serta foto satelit cuaca dengan formasi Cumulonimbus yang puncak awannya mencapai 44,000 kaki.

9. Status terakhir pesawat yang dikesan oleh radar berada di titik koordinat LS 3 34 48.6 LS dan 109 41 50,47 BT. “Pada kedudukan ini pesawat kembali sejajar dengan jalur M635,” katanya.

10. Pada 30 Disember 2014, Basarnas (pasukan pencari dan penyelamat) mencari jenazah dan serpihan pesawat terapung di permukaan laut Selat Karimata.

11. Pada 9 Januari 2015, didapati bahagian ekor pesawat pada titik koordinat 03 37 40 LS dan 109 42 75 BT.

12. Flight Data Recorder (FDR) ditemui pada 03 37 22.2 LS dan 109 42 42.1 BT. “FDR dibawa ke Jakarta sampai di sini malam, esok harinya atau kurang dari 24 jam dimuat turun terdapat 1,200 parameter rakaman, dengan 174 jam terbang,” kata Mardjono.

13. Pada 13 Januari 2015 dijumpai “Cockpit Voice Recorder” (CVR) pada koordinat 3 37 18.1 LS dan 109 42 12.2 BT. CVR merakam dua jam empat minit penerbangan terakhir yang mengandungi perbincangan flight crew atau antara sesama juruterbang dan juruterbang dengan petugas ATC.

14. Kotak hitam dimuat turun diteliti di Makmal KNKT yang memakan masa 11 jam.

15. Berdasarkan data FDR dan CVR sebelum kejadian pesawat menjelajah stabil di ketinggian 32,000 kaki.

16. Rakaman kotak hitam berhenti pada pukul 23.20 (UTC / GMT).

17. Pada 27 Januari 2015, 70 jasad ditemui oleh Tim Basarnas.

18. Dilakukan pemindahan serta pencarian mangsa yang terus berlanjut.

Laporan akhir yang menyatakan punca sebenar nahas AirAsia QZ8501 telah didedahkan pada 2 Disember 2015.

-SUMBER : TheVocket

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan