Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,777

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

18 ditahan guna MyKad palsu

6:17pm 20/05/2016 Pak Roshan 3556 views Jenayah,Mutakhir

mykad-600x366

KUALA LUMPUR: Seramai 18 individu ditahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana memiliki dokumen pengenalan diri tidak sah dalam dua serbuan di kawasan perumahan di Johor, awal pagi tadi.

Serbuan menerusi ‘Ops Terancang JPN’ bermula jam 1 pagi itu dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Malaysia bersama JPN Johor, Melaka dan Kedah dengan kerjasama Jabatan Imigresen Johor, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Mohd Yazid Ramli, berkata daripada 18 individu yang ditahan, 11 orang disyaki menggunakan kad pengenalan palsu manakala tujuh yang lain didapati menggunakan kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri.

“Ketika ditahan, mereka mengaku berasal dari Sandakan namun semakan mendapati mereka sebaliknya datang dari Zamboanga dan Basilan di selatan Filipina.

“Mereka mendakwa membeli kad pengenalan itu melalui ejen di Sandakan dengan bayaran antara RM300 hingga RM2,500,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Yazid berkata, dalam operasi sama, seramai 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) turut ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Katanya, mereka yang ditangkap berusia antara 24 hingga 61 tahun dan disiasat mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2007). – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan