Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

18 ditahan dalam Ops Noda

opsnoda

LAHAD DATU: Seramai 18 orang termasuk empat lelaki telah ditahan dalam satu serbuan menerusi Ops Noda yang dijalankan ke atas sebuah pusat refleksiologi, yang beroperasi di pusat bandar ini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Shamsudin Mat (gambar) berkata, kesemua mereka yang ditahan itu terdiri dari empat lelaki, dua daripadanya adalah tempatan dan juga 14 wanita kesemuanya merupakan warga asing.

“Empat lelaki terbabit dipercayai merupakan pekerja di pusat refleksiologi berkenaan, manakala semua wanita yang ditahan itu dipercayai bekerja sebagai tukang urut dan turut disyaki menjalankan aktiviti yang tidak bermoral. “Kesemua mereka termasuk lelaki dan wanita yang berusia antara 20-an hingga 40-an itu ditahan untuk pemeriksaan lanjut,”katanya dalam sidang media di sini, pada Khamis.

Menurut Shamsudin, hasil siasatan awal pihaknya juga mendapati kesemua mereka yang ditahan itu telah menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Sementar itu katanya, semua tangkapan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan kes disiasat mengikut seksyen 372 B Kanun Keseksaan dan Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. “Operasi kira-kira jam 11.27 malam itu telah dijalankan oleh sepasukan polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) daerah ini,” tambahnya lagi

Komen


Berita Berkaitan