Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

18 ditahan bunuh lelaki disyaki perogol

suspek rogol

New Delhi: Polis menahan seramai 18 orang semalam beberapa hari selepas sekumpulan perusuh menceroboh penjara dan memukul hingga mati seorang suspek rogol di bandar Dimapur dekat sini.

Semua mereka ditahan polis kerana merusuh di Dimapur yang terletak di negeri Nagaland.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada mereka terbabit secara langsung dalam kejadian membogelkan suspek rogol, Syed Farid Khan yang dipukul hingga mati sebelum mayatnya digantung di sebuah menara jam.

Ketegangan di bandar itu semakin memuncak selepas Syed Farid ditahan kerana disyaki merogol seorang gadis berusia 19 tahun pada 24 Februari lalu.

Beratus-ratus anggota polis diarah berkawal di bandar itu sejak kejadian berkenaan.

India ketika ini dihimpit kontroversi selepas kerajaan mengharamkan satu dokumentari mengenai kejadian rogol beramai-ramai dan bunuh seorang pelajar di New Delhi pada Disember 2012.

Pembunuhan di Dimapur itu dipercayai didorong perasaan dendam penduduk tempatan terhadap pendatang Islam dari negeri Assam dan Bangladesh yang didakwa mengambil tanah serta mula menguasai ekonomi.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, beribu-ribu penunjuk perasaan merempuh masuk ke penjara pusat Dimapur sebelum mengheret Syed Farid keluar.

Syed Farid yang berasal dari Assam dibogelkan sebelum diseret di sepanjang jalan raya sejauh beberapa kilometer.

Lelaki itu mati selepas beratus-ratus perusuh memukul mangsa dengan kayu dan membaling batu.

Kejadian yang mengejutkan itu mendapat kecaman daripada kumpulan hak asasi manusia dan pemimpin politik India. – AFP

Komen


Berita Berkaitan