Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

18 askar Filipina maut, 52 cedera bertempur dengan Abu Sayyaf

gambar hiasan
gambar hiasan

MANILA: Pihak berkuasa tentera Filipina berkata sekurang-kurangnya 18 anggotanya terkorban dalam pertempuran sengit sepanjang hari dengan militan Islam di selatan negara itu.

Tiga pegawai tentera yang enggan dikenali memberitahu The Associated Press (AP), sekurang-kurangnya 52 askar cedera dalam pertempuran dengan militan Abu Sayyaf dan penyerang bersenjata bersekutu hari ini di kepulauan Basilan.

Pertempuran itu menyaksikan angka korban terbesar tentera dalam sehari pada tahun ini di selatan negara itu, di mana tentera berjuang menentang pemisah pemberontak, pelampau serta gerila Marxist.

Kadar korban tertinggi itu dilaporkan ketika Filipina menyambut Day of Valor bagi memperingati veteran perang negara itu yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua. -AP/BH Online

Komen


Berita Berkaitan