Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

178,000 Rumah Setinggan Curi Bekalan elektrik

9:52pm 25/10/2016 Pak Roshan 1633 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
WAYAR DIRAMPAS ... Pegawai SESB menunjukkan wayar kabel sambungan haram pelbagai saiz yang berjaya dirampas. -   Foto NewSabahTimes

WAYAR DIRAMPAS … Pegawai SESB menunjukkan wayar kabel sambungan haram pelbagai saiz yang berjaya dirampas. – Foto NewSabahTimes

SANDAKAN: Kira-kira 178,000 buah rumah setinggan di seluruh negeri terbabit dengan kegiatan mencuri bekalan elektrik.

Akibatnya Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menganggarkan kerugian sekitar RM64 juta setahun. Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Aset,SESB, Muhamad Nazri Pazil berkata kegiatan sambungan haram ini dikenal pasti antara punca utama kekerapan gangguan elektrik di kawasan yang mempunyai banyak rumah setinggan.

Dalam hubungan ini, katanya, operasi bersepadu bagi membanteras kegiatan ini telah pun dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 22 dan 23 Oktober 2016 di kawasan setinggan di kawasan Batu Sapi dan Kampung Mangkalinau, Batu 3, Sandakan.

Operasi ini turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasa iaitu Suruhanjaya Tenaga (ST) Kawasan Pantai Timur Sabah, East Sabah Security Command (ESSCOM). Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatam Air Negeri Sabah (JANS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam operasi ini, pihak SESB turut merampas wayar kabel sambungan haram pelbagai saiz seberat lebih kurang 300 kilogram yang dipercayai digunakan untuk membuat sambungan haram.

SESB berharap operasi seperti ini akan terus dipergiat kerana ianya juga boleh mengakibatkan renjatan atau kemalangan maut kepada pelaku atau orang awam.

Muhamad Nazri berkata demikian ketika ditemui media, di PejabatSESB, di sini, pada Isnin. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan