Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

171 Pati Ditahan Dalam Ops Bersepadu MKN Di Sandakan

10:58pm 31/03/2016 Pak Roshan 2038 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN : Seramai 171 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sekitar daerah ini selama dua hari yang berakhir hari ini.

Setiausaha MKN Sabah Rodzi Md Saad berkata daripada jumlah tangkapan, 156 merupakan warganegara Filipina, 13 (Indonesia) dan dua (Pakistan).

Katanya kesemua PATI itu ditahan dibawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen kerana kesalahan memasuki dan berada di negara ini secara haram.

“Kesemua 171 PATI berumur antara satu hingga 60 tahun yang kini ditahan reman dan ditempatkan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga , Sandakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya dalam operasi bersepadu itu, pasukan agensi penguatkuasa memeriksa 507 orang disyaki PATI.

Rodzi berkata sehingga penghujung Mac ini, 4,329 PATI ditahan di empat PTS di negeri ini.

Katanya 1,613 PATI ditempatkan di PTS Kota Kinabalu, 1,353 PATI di PTS Papar, 449 PATI di PTS Sibuga dan 914 PATI di PTS Tawau.

Beliau berkata dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini, 6,982 PATI telah diusir ke negara asal masing-masing.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan