Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

17,000 lantikan politik terima habuan Aidilfitri

TUN Dr Mahathir Mohamad, ketika Sidang Media selepas mempengerusikan Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya. – Foto Mohamad Shahril Badri Saali

 

PETALING JAYA: Seramai 17,000 penjawat awam lantikan politik yang ditamatkan perkhidmatan sebelum ini akan menerima habuan sempena Aidilfitri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak pernah bersikap zalim kepada mereka, biarpun sebelum ini mereka berkhidmat untuk kepentingan parti lawan.

“Mereka akan dapat habuan hari raya, tetapi kita dapati 17,000 adalah lantikan politik dan datang daripada parti lawan, bukan kerajaan, justeru kena ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, di sini, hari in.

Dr Mahathir berkata, kebanyakan jawatan disandang mereka tidak diperlukan dalam melicinkan operasi pentadbiran kerajaan, sebaliknya lebih kepada membantu Barisan Nasional (BN).

“Jawatan itu tiada kerja, sebaliknya berkhidmat untuk parti, malah ada penjawat kerajaan yang mencemarkan diri mereka dengan mengambil bahagian dalam kempen politik.

“Kita ada (bukti) video untuk kegiatan mereka,” katanya – BH ONLINE

BERITA PENUH MENYUSUL…

Komen


Berita Berkaitan