Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,798

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

17 warga tua mati hangus

9:34am 29/05/2016 Pak Roshan 6 views Global
Keadaan rumah penempatan warga tua yang musnah terbakar di Ukraine, petang tadi. - Foto EPA

Keadaan rumah penempatan warga tua yang musnah terbakar di Ukraine, petang tadi. – Foto EPA

Kiev: Seramai 17 terbunuh dalam kebakaran yang memusnahkan rumah penempatan sementara orang tua di pinggir bandar raya ini, awal pagi tadi (petang tadi waktu Malaysia).

“Semua 17 mayat mangsa ditemui dalam rumah berkenaan,” kata kenyataan agensi perkhidmatan kecemasan Ukraine.

Rumah dua tingkat yang dijadikan penempatan sementara warga emas itu terletak di perkampungan Litochky, 50 kilometer di utara Kiev itu mempunyai 35 penghuni.

Seramai 18 penghuni berjaya menyelamatkan diri atau diselamatkan dengan lima daripada mereka dimasukkan ke hospital.

Menurut stesen televisyen swasta Ukraine, bomba hanya tiba 40 minit kemudian dan penduduk gagal menyelamatkan mangsa yang mati kerana api sudah terlalu marah.

Punca kebakaran masih belum diketahui namun ada yang mendakwa ia berlaku akibat televisyen yang meletup. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan