Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

17 Tips Bangkit Kembali Setelah Anda Dilukai

Gambar Hiasan

 

Jatuh cinta dan terluka adalah hal yang mungkin dihadapi oleh sesiapa sahaja. Cinta sendiri adalah suatu fitrah yang Allah jadikan antara manusia atau dipanggil ‘hubb’ iaitu rasa kasih dan sayang.

Bersyukurlah jika anda tidak pernah merasa sakit dikecewakan. Bersyukur juga jika anda pernah merasainya kerana anda akan lebih matang dan bijak mengemudi kehidupan.

Namun di sebalik hal mencintai ini, ada hal yang amat penting yang perlu kita sedari sebelum jatuh cinta atau menyukai orang lain, iaitu jatuh cinta kepada diri sendiri terlebih dahulu.

Berikut 25 cara untuk bangkit kembali setelah anda dilukai;

#1 – Kesakitan Itu Nyata

Pakar psikologi mengatakan bahawa salah satu cara untuk ‘move on’ adalah dengan terlebih dahulu menerima kenyataan bahawa anda sekarang sedang bersedih dan terluka.

#2 – Meletakkan Had Kesedihan

Contohnya;

“Aku akan bersedih hanya dalam masa dua seminggu, kemudian aku akan kembali okay”

Cara ini dapat ‘trick’ minda anda supaya bersedia untuk sembuh dan cuba mencari jalan supaya perasaan anda kembali pulih.

#3 – Tersenyumlah Kembali

Dunia tidak terhenti hanya dengan sebuah penolakan atau kekecewaan.

#4 – Lakukan ‘Mindful Breathing’

Lakukan teknik pernafasan teratur selama beberapa minit sebelum anda melakukan apa-apa kerja seharian.

Lapangkan minda dari sebarang perkara dan fokuskan hanya kepada bunyi pernafasan. Anda juga boleh melakukannya sambil berzikir perlahan.

#5 – Lakukan Perkara Baru

Keluar dan cubalah perkara-perkara baru yang anda sangat teringin cuba sebelum ini atau tidak pernah punya peluang mencuba.

Contohnya travel ke mana-mana tempat bersama teman rapat, belajar buat kek, masuk kelas menjahit, menulis atau sebagainya.

#6 – Bersikap Adil Kepada Diri

Ingatkan diri anda bahawa anda berhak dilayan dengan rasa hormat dan adil.

#7 – Tiada Orang Yang Sempurna

Berhenti menjadi penyelamat buat semua orang. Anda juga perlu memberi perhatian buat diri sendiri.

Buka mata dan hati kepada perkara-perkara kecil di sekeliling. Besar kemungkinan anda akan menyedari suatu yang anda tidak pernah ambil pusing selama ini.

#8 – Melakukan Sesuatu Yang Membanggakan

Lakukan sesuatu yang akan membuatkan anda bangga kepada diri sendiri setiap hari walaupun ianya sesuatu yang kecil.

Contohnya, memastikan bilik tidur anda kemas, kain kotor tidak memenuhi bakul, kereta anda bersih dan bersinar. Hal ini akan membantu anda untuk kembali rasa yakin pada diri sendiri sedikit demi sedikit.

#9 – Berhenti Daripada Bergantung Kepada Manusia

Jika selama ini anda banyak bergantung kepada orang lain untuk melakukan sesuatu, maka mari mula lakukannya sendiri satu persatu.

Tidak sampai sebulan anda akan mendapati bahawa anda rupanya kuat dan mampu berdikari! Harga diri anda tidak terletak pada orang yang telah melukakan anda. Harga diri anda bergantung kepada tindakan dan sikap anda sendiri.

#10 – Diri Anda Berharga

Penolakan tidak sesekali bermakna anda tidak diperlukan atau tidak berharga. Ia hanya tentang pilihan hidup yang dimiliki setiap orang. Ianya bukan semata-mata tentang anda atau mereka tetapi ianya tentang pilihan.

#11 – Tidak Berkeseorangan

Keluar dan ambil udara segar jika anda mula merasakan fikiran anda sesak. Anda juga boleh menghubungi teman rapat untuk berbual-bual.

Hubungi rakan baik anda yang sudah lama anda tidak hubungi. Anda barangkali telah mengabaikan mereka ketika fikiran anda hanya mengfokuskan kepada perhubungan anda dahulu. Pendek kata, jangan biarkan diri anda tenggelam dalam emosi yang berkecamuk.

#12 – Maafkanlah

Maafkan orang sekalipun anda tidak menerima ucapan maaf. Hal ini akan membuatkan hati anda lebih tenang dan lapang.

#13 – Hidup Sihat

Masa depan anda memerlukan anda sebagai seorang yang sihat tubuh badan dan juga fikiran, jadi ambil perhatian kepada tubuh badan anda mulai sekarang.
Bangun awal pagi ketika matahari masih belum naik. Lakukan solat sunat sebelum Subuh dan ambil masa seketika untuk merancang hari anda dengan lebih teratur.

#14 – Teruskan Melangkah

Ingatlah bahawa anda akan menempuhi banyak persoalan tentang kehidupan yang tidak ada jawapan segera. Tarik nafas dan bertenang.

Allah akan mendatangkan jawapan yang anda inginkan pada waktu yang tepat!

Perubahan kadangkala bukanlah suatu yang negatif, perubahan adalah suatu kemestian dalam kehidupan. Perubahan yang berlaku akan memberi peluang kepada diri anda untuk bergerak ke fasa baru dalam hidup.

Kebahagiaan bukanlah objek yang boleh kita tangkap dan miliki. Jika anda merasakan bahawa kebahagian terletak pada orang lain, anda barangkali masih keliru.

Kebahagian adalah suatu yang mampu dicipta oleh sesiapa sahaja termasuk diri anda sendiri!

#15 – Peliharalah Binatang

Adakah anda tahu bahawa memelihara binatang peliharaan juga adalah suatu terapi? Anda boleh memelihara hamster, kucing atau mungkin katak? (jika anda suka).

#16 – Mula Menulis Jurnal

Menulis bukan hanya untuk meluah perasan dan kesedihan tetapi menulis juga boleh membantu anda untuk lebih jujur bercakap dengan diri sendiri.

Anda mampu meneliti serta membuat refleksi tentang kehidupan anda selama ini.

#17 – Masa Lalu Adalah Masa Lalu

Pejam mata dan imbau kembali siapa anda sebelum perhubungan dan selepas perhubungan, serta bagaimana anda ingin jadi pada masa hadapan.

Anda tidak perlu mengulang-ulang apa yang telah terjadi dalam fikiran. Lepaskan ia sedikit demi sedikt, hari demi hari. Jika tidak mampu hari ini, esok masih ada, InsyaAllah.

Anda akan merasa bahagia kembali. Tidak ada yang mustahil dalam hidup ini. Jika Allah ingin ia jadi, maka ia akan jadi.

Dari Shuhaib, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda :

عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
“Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin. Seluruhnya urusannya itu baik. Ini tidaklah didapati kecuali pada seorang mukmin. Jika mendapatkan kesenangan, maka ia bersyukur. Itu baik baginya. Jika mendapatkan kesusahan, maka ia bersabar. Itu pun baik baginya.” HR. Muslim, no. 2999

(Sumber: Tazkirah.net oleh Tim Tazkirah)

Komen


Berita Berkaitan