Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

17 terbunuh dalam pertempuran di Filipina

zamboanga

ZAMBOANGA:  Kira-kira 10 anggota militan Islam dan tujuh anggota tentera Filipina terkorban semalam dalam satu pertempuran di selatan Filipina.

Menurut kenyataan tentera, pertempuran tercetus apabila kumpulan tentera Filipina mendekati sebuah kubu kuat militan Abu Sayyaf di kepulauan Jolo.

Militan Abu Sayyaf di fahamkan melepaskan tembakan terlebih dahulu ke arah tentera sekali gus mengorbankan seorang pegawai tentera Filipina. Namun 10 minit kemudian, seramai enam lagi anggota tentera terbunuh dan ramai lagi cedera apabila Abu Sayyaf melepaskan bedilan bom mortar ke arah mereka, tambah kenyataan itu lagi.

Pertempuran itu menyebabkan seramai 10 anggota Abu Sayyaf terbunuh, walaupun hanya satu mayat sahaja ditemui dan 24 anggota tentera cedera, kata tentera. – AFP

Komen


Berita Berkaitan