Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

17 terbunuh dalam keganasan terbaru di Iraq

iraq

BAGHDAD: Seramai 17 maut dan 54 cedera selepas militan Negara Islam (IS) menyerang sebuah bandar di utara Baghdad semalam menggunakan bot dan sebuah bom diletakkan dalam kereta.

Sumber polis semalam, berkata, serangan di Dhuluiya yang terletak kira-kira 70 kilometer (km) dari ibu negara Iraq itu dilancarkan sebelum subuh dan berterusan selama dua jam sebelum serangan berjaya dipatahkan.

Sumber berkata, mereka yang maut terdiri daripada orang awam dan anggota tentera Iraq.

Di samping itu, menurut sumber, kebanyakan mangsa yang terbunuh atau cedera akibat daripada letupan bom kereta yang meletup berhampiran pasar.
Dhuluiya antara bandar penduduk fahaman Sunni di kawasan yang banyak dikuasai IS hasil gabungan dengan pejuang tempatan yang menentang pemerintahan kerajaan Syiah negara berkenaan.

Serangan itu menyasarkan perjumpaan antara pasukan keselamatan dan pejuang Sunni tempatan dari puak al-Jabour yang selama ini memihak kepada tentera Iraq.

Seorang anggota IS memandu sebuah kereta Humvee yang sarat dengan bahan letupan itu menuju terus ke arah kawasan perjumpaan terbabit.

Kejadian itu disusuli pertempuran dengan militan yang cuba menawan bandar berkenaan, tetapi berjaya dihalang. – Reuters

Komen


Berita Berkaitan