Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LEBIH 20 RIBU EKOR AYAM DIMUSNAHKAN, TAKLIMAT UNTUK PENDUDUK KAMPUNG ESOK

Tangau dalam sidang media selepas mendapat taklimat daripada Jabatan Vetrinar dan Kesihatan. Gambar SNT

KOTA KINABALU: Lebih 20,000 ekor ayam dari dua ladang di Kampung Kauluan, Tamparuli dalam daerah Tuaran dimusnahkan mulai hari ini – sehari selepas Tuaran diisytiharkan sebagai kawasan Wabak Selsema Burung.

Jumlah tersebut tidak termasuk unggas ternakan penduduk kampung.

PerkhidmatanVeterinar (DVS) juga menjalankan operasi pemusnahan dalam radius lima kilometer dari ladang di mana virus itu dikesan.

Ini bermaksud penduduk kampung dalam radius terlibat harus menyerahkan unggas mereka untuk dimusnahkan dalam usaha membendung wabak tersebut.

Unggas akan dibunuh sama ada dengan menggunakan gas beracun atau dipatahkan leher sebelum dikubur.

Taklimat untuk pemimpin masyarakat, terutamanya dari kampung-kampung dalam kawasan radius lima kilometer itu akan diadakan esok pada jam 2 petang oleh Jabatan Perkhidmatan Vetrinar dan Jabatan Kesihatan di bilik mesyuarat Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran di Berungis.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang juga Ahli Parlimen Tuaran meminta untuk taklimat itu diadakan kerana beliau amat perihatin dengan perkembangan ini.

“Orang ramai, terutama mereka yang tinggal dalam jarak radius lima kilometer kawasan wabak mesti diberi maklumat yang tepat dan mereka tidak seharusnya percaya apa yang mereka lihat dalam media sosial,” kata Tangau hari ini.

Menurutnya, penduduk kampung harus diberi maklumat untuk berhadapan dengan situasi ini daripada pihak yang berkuasa dan bertauliah bukannya mendengar dari sumber yang lain.

Tangau sendiri telah meminta taklimat dari Jabatan DVS dan Kesihatan mengenai keadaan itu.

Berdasarkan taklimat itu, tiada bukti virus selesema burung telah berpindah kepada manusia dan menjangkiti orang di kawasan yang terjejas.

Walau bagaimanapun, Jabatan Kesihatan menasihati kepada orang ramai supaya tidak menyentuh bangkai burung sekiranya mereka terjumpa di mana-mana.

Menjawab pertanyaan, Pengarah DVS, Dr Haron Abas berkata ayam di ladang Itu mungkin dijangkiti oleh burung-burung migrasi yang datang ke kawasan itu.

Dr Haron Abas. Gambar SNT

Beliau berkata sampel telah dihantar ke institut penyelidikan jabatan di Semenanjung, yang juga bertanggungjawab membuat pengumuman jenis virus itu nanti.

Mengenai sama ada kerajaan akan menawarkan pampasan kepada pemilik ayam, beliau menyerahkan perkara itu kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Junz Wong.

Sementara itu, Tangau percaya hal ini tidak akan menjejaskan sambutan Hari Orang Asal Sedunia yang dijadualkan pada 8 hingga 9 Ogos di Kiulu.

Walau bagaimanapun, beliau berkata hadiah pengunjung bertuah yang antaranya adalah ayam dan itik akan ditukar. Hadiah pertama dan kedua adalah kerbau dan kambing.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan