Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

17 PATI Ditahan Cuba Masuk Sandakan

10:34pm 07/10/2016 Pak Roshan 70 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN : Seramai 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan Pasukan Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam operasi dua hari di perairan Sandakan sejak semalam.

Komander Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata Polis Marin Sandakan yang menjalankan Ops Pensura di perairan Batu 7 terserempak sebuah bot laju kira-kira pukul 3.30 pagi ini.

Katanya polis kemudian mengejar bot laju itu dan setelah 15 minit, bot terbabit berjaya ditahan semasa menurunkan penumpang di kawasan bakau.

“Juragan bot yang merupakan seorang lelaki Filipina ditahan bersama lima lelaki dan dua wanita yang sedang bersembunyi di kawasan bakau,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohamad berkata dalam kejadian berasingan Polis Marin Sandakan menerima sembilan PATI yang terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita dari Kapal TLDM Tun Azizan.

Katanya kesemua PATI ini ditahan ketika bot laju yang mereka naiki cuba memasuki perairan Sandakan di Perairan Laut Gubbin Rock kira-kira pukul 3.30 petang, semalam.

Beliau berkata 17 PATI berumur antara tujuh dan 56 tahun ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55E(1) akta yang sama.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan