Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

17 Mangsa Banjir Di Membakut Dipindahkan

banjir

MEMBAKUT : Enam belas mangsa daripada dua keluarga di Kampung Lumantak di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas kediaman mereka dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak dua hari lepas.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Muliadi Al-Hamdi Ladin berkata mereka terdiri daripada tujuh lelaki dewasa, lima wanita, dua lelaki warga emas, seorang wanita warga emas dan dua bayi perempuan.

“Kerja pemindahan mangsa ke Dewan Mini Pejabat Daerah Membakut dilakukan pada 11.45 pagi tadi, selepas paras air semakin naik dan beberapa kawasan mula dinaiki air selepas banjir di sungai berhampiran melimpah keluar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya hujan lebat di Banjaran Crocker sejak dua hari lepas turut menyebabkan paras air sungai naik dan kampung berhampiran sungai itu banjir.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat banjir sejak semalam dan kini pihaknya sentiasa memantau kampung yang berisiko banjir.

— BERNAMA

banjir

Komen


Berita Berkaitan