Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

17 kampung banjir di Kota Belud

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memantau kawasan yang dinaiki banjir di daerah Kota Belud. – Foto Ihsan APM

 

KOTA BELUD: Sebanyak 17 kampung di daerah ini terjejas akibat banjir selepas hujan lebat berterusan selama kira-kira enam jam sejak jam 4 petang tadi.

Bagaimanapun, sehingga jam 11.30 malam ini, tiada penduduk yang dipindahkan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Unit Kota Belud, Paulina Francis, berkata hujan turut menyebabkan peningkatan paras Sungai Abai yang mencecah paras bahaya 5.76 meter menyebabkan beberapa kawasan dilimpahi air.

“Setakat ini, hujan sudah berhenti namun ia menyebabkan kawasan rendah termasuk jalan raya di 17 kampung dinaiki air sejak jam 8 malam tadi.

“Pada masa sama, Jalan Kampung Bobot, Jalan Kampung Linau, Jalan Lingkodon, Jalan Siasai Tamu, Jalan Kampung Kota Belud dan Jalan Kampung Menunggui, turut dinaiki air serta tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan manakala Jalan Pintasan Lebak Moyoh Kudat tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

“Kita masih menjalankan pemantauan dan bersiap sedia untuk membantu jika penduduk perlu berpindah,” katanya ketika dihubungi NSTP, malam ini.

Menurutnya, kampung yang terjejas setakat ini ialah Bobot, Ejuk, Siasai Tamu, Kampung Kota Belud, Menunggui, Sembirai, Lingkodon, Linau dan Kampung Gunding.

Selain itu, Kampung Tanjung Pasir, Wakap, Labuan, l Donggoi, Sadok-Sadok, Marajah, Lebak Engad dan Kampung Keranjangan turut terjejas.

“Pengguna kenderaan disarankan menggunakan laluan alternatif iaitu di Jalan Kampung Piasau – Jalan Kampung Tambulion bagi mereka yang menghala ke kampung berkenaan,” katanya. – Oleh Recqueal Raimi/BH Online

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memantau kawasan yang dinaiki banjir di daerah Kota Belud. – Foto Ihsan APM
Keadaan banjir kilat di Kampung Rampaian Laut Menggatal. – Foto Junaidi Ladjana

Komen


Berita Berkaitan