Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

17 isteri lesap

8:36am 06/03/2016 Pak Roshan 3062 views Global
SEORANG lelaki menunjukkan gambar isterinya yang hilang.

SEORANG lelaki menunjukkan gambar isterinya yang hilang.

Beijing: Lebih 10 wanita Vietnam yang mengahwini lelaki kampung di Fujian tiba-tiba hilang serentak dipercayai dalam pakatan bagi menipu suami yang membeli mereka.

Media China melaporkan, kebanyakan wanita itu meninggalkan kampung Nan’an pada 16 Februari lalu sebelum dua lagi yang masih berada di situ turut menghilangkan diri beberapa hari kemudian.

Ada antara wanita itu sudah enam bulan menjadi isteri kepada lelaki terbabit dan ada pula yang baru beberapa hari di situ. Ada antara mereka sudah hamil.

Semuanya diperkenalkan kepada penduduk kampung itu melalui pencari jodoh dengan suami masing-masing membayar sehingga 60,000 yuan (RM37,000). Bagaimanapun, tidak satu pun perkahwinan itu didaftarkan.

Mangsa, Aaron, 28, yang pertama mengahwini wanita Vietnam berkata, enam bulan pertama perkahwinannya amat bahagia dan isterinya berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan baru termasuk mendapat kerja di kilang berhampiran.

“Pada satu hari dia mengadu dahaga dan mahu keluar membeli air. Itu kali terakhir saya melihatnya.

“Kampung ini memang mengalami kekurangan wanita sejak zaman nenek saya lagi. Nisbahnya sekitar 12 lelaki berbanding dua atau tiga perempuan,” katanya.

Seorang lagi bernama Peng terkejut dengan tindakan isterinya yang sudah hamil dan mendakwa menyayanginya.

Sehubungan itu, penduduk kampung berpendapat mereka ditipu pencari jodoh berkenaan untuk mengaut keuntungan mudah dan sudah melaporkan kejadian kepada polis.

Kes seperti ini bukan yang pertama berlaku, malah Epoch Times melaporkan pada 18 Februari lalu sekumpulan lelaki di Zhongxin, wilayah Fujian, kehilangan isteri mereka yang juga warga Vietnam. – Agens/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan