Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

17 calon bertanding dalam pemilihan jawatan PBS di Liawan

Radin dan ahli-ahli PBS melaungkan slogan Bersatu selepas mesyuarat pengiraan borang calon-calon pemilihan jawatan di bahagian Liawan selesai pada 22 Julai 2015.
Radin dan ahli-ahli PBS melaungkan slogan Bersatu selepas mesyuarat pengiraan borang calon-calon pemilihan jawatan di bahagian Liawan selesai pada 22 Julai 2015.

TENOM- Seramai 17 orang calon akan bertanding dalam pemilihan jawatan-jawatan di bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) kawasan Liawan semasa mesyuarat agung tahunan bahagian itu yang dijangka akan dirasmikan oleh Presiden PBS merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada bulan Ogos nanti.

Sebanyak 37 cawangan di bahagian Liawan juga telah berjaya mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan jawatan di cawangan masing-masing.

Bagi jawatan Ketua Bahagian PBS Liawan, Datuk Jake Nointien mendapat 21 pencalonan, manakala Augustine Nain pula memperolehi 16 pencalonan.

Jawatan Timbalan Ketua Bahagian PBS Liawan pula akan menyaksikan pertandingan dua penjuru di antara Obren Sulom yang mendapat 19 pencalonan dengan Zackary Kinsik yang memperolehi 16 pencalonan.

Naib Presiden PBS, Datuk Radin Malleh selaku pengerusi penyelarasan mesyuarat-mesyuarat agung tahunan cawangan-cawangan di bahagian Liawan memberitahu pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pengiraan borang-borang pencalonan bagi pemilihan jawatan-jawatan di bahagian PBS Liawan bertempat di pejabat PBS bahagian Melalap di Tenom pada hari rabu lepas.

Untuk jawatan Naib Ketua 1 pula, Romanus Michael yang memperolehi 20 pencalonan akan menentang Peter Ingga yang mendapat 15 pencalonan, manakala jawatan Naib Ketua 2 juga akan menyaksikan pertandingan dua penjuru di antara Michael Asang Gaikun yang mendapat 21 pencalonan, manakala lawannya iaitu Jonis Diansun pula memperolehi 16 pencalonan, katanya.

Tambahnya, mereka yang bertanding untuk jawatan ahli jawatankuas bahagian Liawan pula ialah Paula Joseph (37 pencalonan), Johnny Gunbaris (31 pencalonan), Saleh Bakah (22 pencalonan), Anthony Wong (20 pencalonan), Rilik Pengaut (19 pencalonan),  Jaffry Sahri (14 pencalonan), Joannes Leong (10 pencalonan), Malik Angkawang (8 pencalonan) dan Kasmon Sanakoh (6 pencalonan).

Turut hadir di mesyuarat pengiraan borang-borang pencalonan itu ialah Marcellus Roman, Setiausaha Eksekutif Ibu Pejabat PBS, Setiausaha PBS bahagian Melalap merangkap Pemimpin Pembangunan Masyarakat Melalap, Simon Mamat, Ketua Pergerakan Wanita PBS Bahagian Melalap, Rosnah Ullap, Ketua Bahagian PBS Inanam merangkap Pemimpin Pembangunan Masyarakat kawasan Inanam, Fredolin Totin Bangon serta wakil-wakil dari bahagian Liawan.

Beliau mengingatkan calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan itu supaya mematuhi perlembagaan parti serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kepimpinan parti demi kelancaran mesyuarat agung tahunan bahagian berkenaan.

Kelancaran mesyuarat agung tahunan itu juga akan memelihara imej dan kredibiliti parti di kalangan orang ramai kerana PBS adalah salah satu parti komponen utama dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri ini,” tegasnya.

“Saya berharap semua calon yang bertanding untuk jawatan-jawatan berkenaan serta ahli-ahli PBS di bahagian Liawan bersatu padu selepas mesyuarat agung tahunan dan pemilihan jawatan bahagian itu selesai nanti.

Perpaduan ahli-ahli PBS di kawasan Liawan amat penting demi kekuatan dan kemantapan parti  untuk memastikan kejayaan BN dan PBS dalam pilihanraya umum akan datang, katanya.- SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan