Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

168 calon jemaah haji pulang dari Filipina

2:16pm 05/09/2016 Pak Roshan 1957 views Global
SEORANG calon jemaah haji yang dihantar pulang dari Filipina dipeluk anggota keluarganya setibanya dia di Lapangan Terbang Makassar.

SEORANG calon jemaah haji yang dihantar pulang dari Filipina dipeluk anggota keluarganya setibanya dia di Lapangan Terbang Makassar.

Makassar: Seramai 168 warga Indonesia yang terbabit dalam skandal pasport haji palsu FIlipina tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hassanudin di sini, semalam, selepas dibebaskan oleh pihak berkuasa Manila.

Dari jumlah itu, 94 orang berasal dari Sumatera Selatan dan 64 yang lain dari pulau Jawa dan Kalimantan.

Mereka adalah sebahagian daripada 177 orang yang terlibat dalam kes itu.

Mereka ditahan bulan lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila, selepas didapati menggunakan pasport Filipina untuk berlepas ke Arab Saudi bagi menunaikan haji.

Pihak berkuasa Filipina mula meragui kerakyatan rombongan itu apabila tidak seorangpun daripada mereka boleh berbahasa tempatan.

Sementara itu, baki sembilan orang masih ditahan oleh pihak berkuasa Filipina di Manila .

Pegawai Kementerian Agama, Ahda Barori berkata, sembilan orang terbabit masih berada di Manila untuk disoal lebih lanjut selepas mereka didapati mengetahui proses awal untuk membawa kumpulan berkenaan ke Arab Saudi secara haram melalui Filipina.

Selain itu, mereka juga boleh berbahasa Inggeris untuk memberikan keterangan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan