Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Status perkhidmatan talian Sabah capai 91.26 peratus

TAWAU – Kekerapan penggunaan oleh penjawat awam negeri ini membolehkan Sabah berupaya mencapai 100 peratus penggunaan aplikasi yang dibangunkan menerusi Kerajaan Elektronik Negeri pada tahun ini.

Menurut Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Nilwan Kabang, sasaran itu juga disokong dengan usaha berterusan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) dan agensi lain.

Berdasarkan rekod Unit Pemodenan Tadbiran dan Percangan Pengurusan (MAMPU), katanya, sehingga 12 Januari tahun ini status perkhidmatan dalam talian di negeri ini mencapai 91.39 peratus berbanding negeri lain.

“Ini bermakna negeri ini mendahului negeri lain di Malaysia menggunakan sistem dalam talian dan paling banyak setakat ini berbanding tahun lepas berada di tempat kedua iaitu sebanyak 81.26 peratus,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar ICT Sektor Awam Negeri 2015 Peringkat Wilayah Pantai Timur Selatan di Auditorium Perpustakaan Wilayah Tawau, di sini hari ini.

Nilwan berkata, rekod penggunaan aplikasi Kerajaan Elektronik Negeri juga menunjukkan peningkatan pada tahun lalu tetapi belum mencapai 100 peratus. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan